Dasar-dasar Kerajaan Kearah Perpaduan Negara

Pengenalan Dasar pecah dan perintah oleh penjajah British menyebabkan wujud nya jurang antara etnik di Malaysia yang terpisah dari aspek demografik, ekonomi, politik, bahasa, pendidikan dan pergaulan harian yang memberi kesan kepada perpaduan negara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pencetus kepada beberapa usaha serta komitmen Kerajaan dalam menangani isu perpaduan sehingga Rukun Negara disytiharkan pada 31 Ogos 1970. Pada peringkat awal, langkah yang telah diambil berupa tindakan segera yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik, keselamatan dan keharmonian negara. Pelbagai langkah dan tindakan dibuat pada ketika itu untuk mewujudkan perpaduan rakyat antaranya menggalakkan interaksi sosial yang lebih tertumpu pada penyertaan masyarakat berbilang etnik dalam majlis dan perayaan yang dianjurkan. Tumpuan awal telah diberikan kepada usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara etnik melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Bar (DEB) dan secara langsung DEB telah menjadi...